NAMA KHAS – Huruf pertama huruf besar :
Nama pertubuhan, bangunan, syarikat, jabatan, jalan, taman perumahan, cogan kata:
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Jalan Padang Tembak
Taman Aman
TANDA TITIK / NOKTAH :
Singkatan bagi gelaran, jawatan, pangkat dan sapa ditulis menggunakan titik.
Dr. (Doktor)
Sdr. (Saudara)
En. (Encik)
Tn. (Tuan)
Prof. (Profesor)
Kol. (Kolonel)
Singkatan bagi nama negara, jabatan, institusi, organisasi / pertubuhan, dan peristiwa yang terdiri daripada huruf pertama ditulis tanpa titik.
JPM DBP SPM SM
EON BBMB MRSM TM
UMNO PPM SMK SRK
PBB GPMS PKG MPSP
Singkatan gelar, jawatan dan sapaan yang terdiri daripada huruf pertama tidak menggunakan noktah.
PENGGUNAAN TANDA SEMPANG (-)
Untuk menulis kata ganda.
surat-surat tiba-tiba
pelabur-pelabur berbagai-bagai
tercari-cari kedua-dua
minum-minum tulis-menulis
Apabila bentuk terikat diikuti oleh kata nama khas yang dimulai dengan huruf besar:
anti-Amerika pro-Iraq petunjuk-Nya hamba-Mu
Untuk merangkaikan huruf dengan angka, dan angka dengan akhiran – an.
kedua tahun 90-an ke-100 awal 30-an
Untuk menyambungkan suku kata yang terpisah kerana perpindahan baris.
i. Dasar pendidikan negara bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu.
ii. Dasar pendidikan negara bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu.
No comments:
Post a Comment