a. Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan.
diambil alih
menerima pakai
kenal pastikan
diguna semula
PENULISAN RANGKAI KATA UMUM BERIMBUHAN
b. Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan.
pengambilalihan
pengenalpastian
pengemaskinian
KECELARUAN MENGEJA KATA BERCIRIKAN KATA MAJMUK
SALAH BETUL
acapkali acap kali
adakala ada kala
apa kala/apa-kala apakala
andakata andai kata
apa tah apatah
apa-bila apabila
bah-kan bahkan
barang kali barangkali
dahulukala dahulu kala
kadang kala kadangkala
kerapkali kerap kali
mana-kala manakala
sediakala sedia kala
selangseli selang-seli
seringkali sering kali
sesungguh-nya sesungguhnya
siapa-tah siapatah
HURUF BESAR DAN HURUF KECIL
NAMA KHAS – Huruf pertama huruf besar :
Nama pertubuhan, bangunan, syarikat, jabatan, jalan, taman perumahan, cogan kata:
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Jalan Padang Tembak
Taman Aman
TANDA TITIK / NOKTAH :
Singkatan bagi gelaran, jawatan, pangkat dan sapa ditulis menggunakan titik.
Dr. (Doktor)
Sdr. (Saudara)
En. (Encik)
Tn. (Tuan)
Prof. (Profesor)
Kol. (Kolonel)
Singkatan bagi nama negara, jabatan, institusi, organisasi / pertubuhan, dan peristiwa yang terdiri daripada huruf pertama ditulis tanpa titik.
JPM DBP SPM SM
EON BBMB MRSM TM
UMNO PPM SMK SRK
PBB GPMS PKG MPSP
Singkatan gelar, jawatan dan sapaan yang terdiri daripada huruf pertama tidak menggunakan noktah.
YAB AMN YB KSU
YDP YTM
PENGGUNAAN TANDA SEMPANG (-)
Untuk menulis kata ganda.
surat-surat tiba-tiba
pelabur-pelabur berbagai-bagai
tercari-cari kedua-dua
minum-minum tulis-menulis
Apabila bentuk terikat diikuti oleh kata nama khas yang dimulai dengan huruf besar:
anti-Amerika pro-Iraq petunjuk-Nya hamba-Mu
Untuk merangkaikan huruf dengan angka, dan angka dengan akhiran – an.
kedua tahun 90-an ke-100 awal 30-an
Untuk menyambungkan suku kata yang terpisah kerana perpindahan baris.
i. Dasar pendidikan negara bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu.
ii. Dasar pendidikan negara bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu.
EJAAN NAMA TEMPAT / NAMA KHAS
Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan ejaan cara lama.
Cheras Klang Ayer Kroh
Johor Bahru Kampong Chepor
Kota Bharu Jalan Pengkalan Chepa
NAMA TEMPAT / NAMA KHAS
Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972
digalakkan menggunakan ejaan baru.
Teluk Intan Taman Bukit Cahaya
Teluk Air Tawar Kampung Baharu
Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu dikekalkan demikian.
Peranchis Belanda
Kanada Mesir
Jepun Filipina
Amerika Syarikat Republik Rakyat China
EJAAN NAMA TEMPAT / NAMA KHAS
Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan demikian.
England New York
Cuba Bosnia-Herzegovina
EJAAN NAMA ORANG
Ejaan nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yang telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal. Selepas tahun 1972, kita digalakkan menggunakan ejaan baru. Walau bagaimanapun, ejaan nama yang sah adalah seperti yang didaftarkan dalam sijil kelahiran dan dalam kad pengenalan.
KATA SENDI DAN KATA HUBUNG
Huruf pertama kata sendi / kata hubung tertentu seperti yang, di, ke, dan, atas pada tajuk
ditulis dengan huruf kecil :
Dewan Bahasa dan Pustaka, Sejarah Ekonomi dan Politik Malaysia,
Diari dan Kalendar Untuk Kakitangan Jabatan (tajuk surat / memo)
PENGGUNAAN DI DAN KE SEBAGAI KATA SENDI.
di dan ke yang berfungsi sebagai kata sendi untuk menunjukkan tempat atau arah ditulis terpisah daripada nama yang mengikutinya.
Dari Bukit Selambau, Kassim ke jalan lain ke Lubuk Merbau.
PENGGUNAAN TANDA BACA PENGGUNAAN DI DAN KESEBAGAI IMBUHAN
di dan ke yang berfungsi sebagai imbuhan ditulis bercantum dengan kata selepasnya.
disimpan kedua
diawasi kelima-lima
disyorkan kehendak
dipercepat kesemua
dikenal pasti kesudahan
PENULISAN PARTIKEL
Partikel pun secara umumnya ditulis terpisah daripada kata sebelumnya :
anak pun tidur pun
apa-apa pun mati pun
berehat pun merah pun
makan pun belum pun
besar pun ini pun
itu pun mereka pun
ketawa pun sudah pun
dia pun telah pun
rumah pun memancing pun
PENULISAN PARTIKEL – pun
Kecuali untuk kata tugas berikut:
adapun kalaupun
andaipun kendatipun
ataupun mahupun
biarpun meskipun
lagipun sungguhpun
sekalipun walaupun bagaimanapun
PENGIMBUHAN KATA GANDA
SALAH BETUL
1. memporakperandakan memporak-perandakan
2. Mengacu-ngacukan mengacu-acukan
3. Mengada-ngadakan mengada-adakan
4. Mengaduh-ngaduh mengaduh-aduh
5. Mengagak-ngagak mengagak-agak
6. Mengagih-ngagih mengagih-agihkan
7. Mengaduk-ngaduk mengaduk-adukkan
8. Mengangguk-ngangguk mengangguk-angguk
9. Mengalu-ngalukan mengalu-alukan
10. Mengangkat-ngangkat mengangkat-angkat
11. Menggembar-ngemburkan menggembar-gemburkan
PENGIMBUHAN KATA GANDA
SALAH BETUL
n mengiang-iang mengiang-ngiang
n mengongoi-ongoi mengongoi
n menghuruharakan menghuru-harakan
n mengidam-ngidamkan mengidam-idamkan
n mengwar-warkan mengwarwarkan
n mengungkit-ngungkit mengungkit-ungkit
n mengkunyah-kunyah mengunyah-ngunyah
n mengepak-kepak mengepak-ngepak
n mengkira-kirakan mengira-ngirakan
ISTILAH
SALAH BETUL
1. Literasi agama celik agama
2. Literasi budaya celik budaya
3. Literasi komputer celik komputer
4. Literasi kekunci celik kekunci
5. Literasi ilmu celik ilmu
6. Literasi maklumat celik maklumat
7. Literasi politik celik politik
8. Literasi pengguna celik pengguna
9. Literasi sosial celik sosial
10. Literasi undang-undang celik undang-undang
qIMBUHAN DI
SALAH BETUL
n di atas bimbingan atas bimbingan
n di atas kecemerlangan atas kecemerlangan
n di atas kesulitan atas kesulitan
n di atas kegagalan atas kegagalan
n di atas kerjasama atas kerjasama
n di atas kejayaan atas kejayaan
n di atas keprihatinan atas keprihatinan
n di atas kesudian atas kesudian
n di atas pertimbangan atas pertimbangan
n di atas sokongan atas sokongan
n di atas sumbangan atas sumbangan
-
No comments:
Post a Comment